Selasa, 1 Disember 2009

maruku

Sekarang ni keje aku, tolong org jual maruku.. ok la gak... time raye banyak gak order...
Harga sepaket memang berpatutan.. so kalau korang nk try kene la bli dulu.. hehe..

KAMI MENJUAL PELBAGAI JENIS MARUKU DAN KEREPEK DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN!!!


Kerepek Halus Pedas Kerepek Bawang Merah Kerepek Udang



UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI
KAK TON :013-9276787

*** Kami hanya menerima tempahan di sekitar Kuala Lumpur & Selangor sahaja***

Isnin, 9 November 2009


dah lame x post pe2 kat blog ni..

agak2 member lain cm ner erk..

mesti da jrg on9..ke makin aktif..

skunk ni da sibuk ngan keje..















Isnin, 8 September 2008

ceritera sekarang

assalamualaikum w.b.t
dah lame rasanye x refesh blik post2 dlm ni..
entah la.. mayb bz cket..
yg penting skrg ni, indu sgt kat member2 lama..

Selasa, 3 Jun 2008

AURAT


> > > KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
> > >
> > >
> > > KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
> > >
> > > KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.
> > >
> > > KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
> > >
> > > KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.
> > >
> > > KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
> > >
> > > KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
> > >
> > > KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
> > >
> > > KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
> > >
> > > Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
> > >
> > > "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
> > >
> > > KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
> > >
> > > KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

AnDa LaHiR Hari ApeR Erk??


AHAD
org yang lahir pada hari Ahad biasanya mempunyai watak yang agak keras.
namun mereka seorang yang berhati terang, suka berbuat baik kepada keluarga, rendah diri dan tidak suka pada kekotoran.mereka juga petah ketika berbicara serta pandai mengambil hati org tua. tetapi ada kalanyatindakan yang mereka ambil bertentangan dengan kemahuan mereka sendiri. juga suka meniru sikaporg yang lebih dewasa dan berpengalaman daripada mereka..

ISNIN
org yang lahir pada hari ini dikatakan seorang yang memiliki sifat yang baik terhadap org lain.berikutan itu, mereka tidak sayang mengorbankan apa saja yang mereka miliki demi org lain.mereka tidak tergamak untuk berkata 'tidak'. namun adakalanya org lain agak kecewa apabilasesuatu yang dijanjikannya gagal ditunaikan. mereka juga dikatakan seorang yang ikhlas, suka membelakebenaran serta gemar berkawan. tetapi awas, mereka juga cepat naik darah serta mudah tersinggung.turut dikatakan mereka ini memiliki sifat dendam yang berpanjangan. mereka tidak akan berkata 'maaf' selagi dendam yang terpendam tidak berbalas.walau apa cara sekali pun dia akan mencari cara untuk membalasnya..

SELASA
hari Selasa adalah hari bermulanya perjalanan api-iaitu simbol kemarahan. org yang lahirpada hari ini memiliki sikap negatif yang agak ketara. mereka sering dibenci org kerana memiliki sikapburuk ini. selalu bersikap curiga terhadap org lain. sangat berhati-hati kerana memiliki sikap penakut.juga suka berkelahi,tidak punyai pendirian, mudah terkejut serta tidak mempunyai ramai teman.namun golongan ini dikatakan mempunyai rasa kasih sayang yang sejati terhadap sesiapa yang rapatdengan mereka. emm..setiap org punya kelebihan dan kekurangan..

RABU
org yang lahir pada hari Rabu biasanya memiliki watak yang terlalu baik serta tetap pendiriannya.agak pendiam, bicara apabila perlu sahaja. sekali sekala pandai juga buat lawak.mudah mendapatrezeki yang tidak disangka-sangka. namun ada kala agak terlambat untuk mendapatkannya tetapimereka menerima dengan redha.. mereka juga kerap mengalami kegagalan dalam hidup tetapi masihtetap tenang dan mampu berfikir secara waras...

KHAMIS
org yang lahir pada hari ini memiliki watak yang amat sensitif. disebabkan watak mereka yang begini,adakalanya mereka mudah mengalami kesulitan dan kekecewaan. namun apa yang berlakubegitu cepat dilupakan dan tidak dijadikan sebagai pengajaran. akibatnya perkara yang sama seringberulang-ulang.mereka cukup suka dupuji atau dirayu. mereka juga terkenal mempunyai mulutyang 'berbisa'...

JUMAAT
biasanya yang lahir pada hari ini memilki hati yang bersih.baik dr segi zahir mahupun batin. mereka jugagemar pada sanjungan walaupun tahu ia akan membawa akibat yang tidak baik pada diri sendiri.mereka yang dilahirkan pada hari Jumaat biasanya sangat sesuai menjawat jawatan guru mahupun jururawat.mereka tahan terhadap derita hidup. suka kepada ilmu serta mudah didekati. sebab itu mereka ramai teman karib. juga mudah jatuh cinta dan mudah dicintai. bila bercinta,mereka selalunya setia dan rela berkorban apa saja...

SABTU
org yang lahir pada hari ini cukup suka mengkritik hasil kerja org lain.. tetapi awas,jangan sesekali mengkritik apa yang dihasilkannya.. suka memuji dan mencela,sebab itu ramaiyang takut padanya..materialistik dan mudah lupa daratan...


**************************************************

sekadar untuk berhibur...mana yang 'terkena' hanyalah kebetulan...
segalanya milik Allah...wallahua'lam bissawab...

Sesuci Kelopak Mawar

Puisi ini untukmu
Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah
Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda
Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda